Mengenai Saya

kuala nerang, kedah, Malaysia
low profile

Sabtu, 9 Oktober 2010

kelas terakhir

kelas terakhir
test pn ada
masa mula2 dpt soalan sengap la jgk aku 
xtaw nk jwb
tp lepas bertenang seketika
dapat la jwb sekadar yg mungkin

di sini sy ingin mengucapkan trilion terima kasih kepada 
EN ABDUL MUIZ MISRI 
kerana mengajar saya segala mcm benda
cuma 1 ja
terkilan xdpt g jalan2

tp semuanya best

selamat tinggal rekreasi

bola keranjang

4 october 2010
perlawanan bola keranjang antara budak2 rekreasi
aku n the member masuk lawan no 3
masa mula2 nk main tu terhegeh2 la juga
dah x reti main
tp ok la plak lepas ty
perlawanan pertama 
KALAH
kedua 
KALAh
ketiga
LARI
hahaha

masa tgh tunggu member aau hbs main
aku pn bg la sokongan kepda dia
nak jdi cerita 
dia jatuh terpeleot

yg TABIK SPRING ya
caring gila budak2 tu
betapa ambil beratnya
g beli ais untuk member aku
terharu x?

kepada sesiapa yg berkenaan
TERIMA KASIH byk2
xlupa jgk kepada
EN ABDUL MUIZ MISRI
kerana menawarkan diri untuk menghantar kwn saya blik
xeixei

ok bubuy


 

pembentangan

pembentangan mengenai iktiar hidup

1 october 2010
dapat tugasan 24 september 2010
perbentangan seminggu selepas itu
masa nak cari tajuk punyalah GABRA
ya la aku sorang je 
group ada 4 org
tapi
seorang ja  yg g kels
sapa lagi klu bukan aku

masa kebingungan aku pn hentam ja lah bg tajuk
tp 
kn reject
last skali en Abdul Muiz Misri bg ak tajuk
iaitu Makanan hutan

masa search tenet xda la plak nk kuar 
cari pya cari bru dapat

buat la aku pasal mcm mn nk tahu pasal buahan racun atau tidak

settle pasal tajuk
kita masuk bab present pulk
masa present ada kumpulan yg ckp pasal isyarat dalam hutan bila sesat dan sebaliknya ,arah angin,bintang,tempat perlindungan dan banyak lagi.

membina perlindungan
adalah bertujuan untuk melindungi diri dari binatang buas serta hujan 
4 batang kayu akan dipacak atas tanah
buluh akan dilapik
dan ambil daun mengkuang untuk bumbung

menyediakan api
dengan menggunakan mancis
jika mancis tiada 
geselkan batu bagi mengeluarkan pecikan api
sususn aun sera kayu kering
jika kayu basah kopekkan bahagian kulit luar kayu
bahagian dalam kayu kering
unggun api dapatlah dihidupkan

memilih makanan
jika kita menjumpai makanan hutan untuk mengenalinya ialah dengan menghidu,merasa dan menggosok
apa bila semua ini tida ada effect maka makanan tersebut boleh dimakan
semua makanan masam seperti memelam bleh dimakan

setakat ini sajalah yang dapat disampaikan
nak dicerita sampai hbs xterdaya rasanya
cau cin cau
nikmatilah gambar yang ada
yang disampaikan oleh rakan2





Rabu, 29 September 2010

kompas

Hari jumaat lepas lepas belajar pasal kompas
cara nak guna,tengak arah dll.
lepas dh teror sikit kena la praktik
arahan mengatakan jgn tulis tempat dan berapa kaki
tp lain yg kami buat 
exited pnya pasal

last skali kn tukar2 kertas atr group len
huh
mula2 silap tiang 
pastu xdpt bacaan

tya lg kump terbabit
bru dpat tiang yg btul
betul la org tua2 cakap
malu bertanya sesat jalan
tp kitaorg xsesat sebb ada kompas
hehehe

apa2 pn kita enjoy
kat bawah ni ada cara tgk kompas
sewaktu dgnnya

untuk paparan umum pula
see the picture

bubuy






1. Apakah Kompas
Kompas adalah satu alat untuk menentukan arah. Ia merupakan alat yang penting untuk membantu di dalam sesuatu pengembaraan. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

2 Kegunaan Kompas
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.

Lebih pentingkan kemahiran membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada peta.

3. Menjaga Kompas
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.

4. Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu
· Plat tapak yang lut sinar
· Perumah kompas yang boleh berputar
· Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)

Letakkan pinggir kompas selaras dengan arah perjalanan yang akan ditujui

Putarkan perumah kompas sehingga garisan melaras berselari dengan Utara Magnetik atas peta dan panah utara menunjuk ke utara atas peta.











Tanpa menukar tanda yang dilaraskan. Putarkan seluruh kompas mendatar sehingga hujung merah jarum magnetik menunjukkan ke Utara (N) atas tanda dan selari dengan garisan-garisan melaras dalam perumah kompas.

Sabtu, 25 September 2010

pemasangan khemah

cara memasang khemah

Cara cara Untuk Memasang Khemah jenis Dome!!

  1. Keluarkan khemah dan kain tapak (ground cloth), sebenarnya kebanyakan khemah tidak disertakan kain tapak dan anda hendaklah membelinya secara berasingan!! Kain tapak adalah bertujuan untuk pastikan khemah anda kering pada dasarnya!! Tetapi kain ini mahal jadi untuk mengantikan kain ini apa kata anda guna plastik sampah sahaja….
  2. Buka kain tapak, dan buka sepenuhnya khemah anda itu. Keluarkan tiang dan pacang pacang serta tali tali dan letakkan di tempat berbeza.
  3. Memasang tiang pada khemah merupakan di antara perkara yang terpenting dan paling menyeronokan dalam proses memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang bersambung dengan getah. Dan jika anda baling tiang ini dengan anda pegang pada hujung tiang itu, ia akan bersambung secara automatik…
  4. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.
  5. Setalah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang bertentangan. Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk tiang lagi satu
  6. Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.
  7. Baiklah siap khemah dome. Sekarang berbalik kepada kain tapak. Kain tapak hendaklah di letak kan di bawah khemah. Kain tapak itu mestila tidak lebih besar dari khemah anda. Ini kerana jika hujan turun air akan bertakung di kain tapak dan air akan masuk ke khemah anda melalui tapak khemah. (tapak khemah kebanyakannyer adalah di buat dari kain guni dan tidak kalis air.) pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.
  8. Pada masa sekarang anda mungkin anggap anda sudah siap dan anda mungkin mempunyai barang di dalam beg anda untuk di masukkan di dalam khemah, ini benar jika kawasan yang anda pergi itu tidak mempunyai angin yang kuat. Tetapi jika kawasan yang anda lawati itu mempunyai angin yang kencang sila pastikan anda memasang pacang di sisi khemah anda.
  9. Taburkan belerang atau garam kasar di keliling khemah anda untuk mengelakan dari binatang berbisa masuk ke khemah anda.
  10. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.
  11. Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk pastikan khemah itu berkeadaan baik. 


 upload gambar 





mcm nilah cara memasang khemah
amacm?
ok x?
aktiviti yang menyeronokkan 
dan menyah tension
 
bila kita dah pandai pasang khemah 
senanglah kita nak g mana2
have fun semua


Khamis, 19 Ogos 2010

12 september 2010

perkenalan peralatan khemah n wall climbing

peralatan perkhemahan

  1. Khemah yang sesuai 

  2. Bag galas 

  3. Dapur (gas atau minyak  - bahan tambahan serta alat gantinya)  

  4. Pelita ( jenis minyak atau gas bersama alatan ganti ) 

  5. Messtin / pinggan, sudu dan garpu 

  6. Botol air atau bekas minum 

  7. Pisau dan pembuka tin ( kalau anda membawa makanan tin ) 

  8. Lampu picit (bateri dan mentol tambahan) 

  9. Mancis dan lilin ( atau lain bahan penyela api ) 

  10. Kotak pertolongan cemas 

  11. Kotak ikhtiar hidup 

  12. Tali ( untuk ampaian dan lain - lain kegunaan ) 

  13. Ponco / baju hujan 

  14. Parang / kapak kecil 

  15. Bekas air tambahan 

  16. Selimut ( kalau anda menggunakan beg tidur ini tidak perlu )  

    wall climbing