Hari jumaat lepas lepas belajar pasal kompas
cara nak guna,tengak arah dll.
lepas dh teror sikit kena la praktik
arahan mengatakan jgn tulis tempat dan berapa kaki
tp lain yg kami buat
exited pnya pasal
last skali kn tukar2 kertas atr group len
huh
mula2 silap tiang
pastu xdpt bacaan
tya lg kump terbabit
bru dpat tiang yg btul
betul la org tua2 cakap
malu bertanya sesat jalan
tp kitaorg xsesat sebb ada kompas
hehehe
apa2 pn kita enjoy
kat bawah ni ada cara tgk kompas
n
sewaktu dgnnya
untuk paparan umum pula
see the picture
bubuy
1. Apakah Kompas
Kompas adalah satu alat untuk menentukan arah. Ia merupakan alat yang penting untuk membantu di dalam sesuatu pengembaraan. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.
2 Kegunaan Kompas
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.
Lebih pentingkan kemahiran membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada peta.
3. Menjaga Kompas
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.
4. Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu
· Plat tapak yang lut sinar
· Perumah kompas yang boleh berputar
· Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)
Letakkan pinggir kompas selaras dengan arah perjalanan yang akan ditujui
Putarkan perumah kompas sehingga garisan melaras berselari dengan Utara Magnetik atas peta dan panah utara menunjuk ke utara atas peta.
Tanpa menukar tanda yang dilaraskan. Putarkan seluruh kompas mendatar sehingga hujung merah jarum magnetik menunjukkan ke Utara (N) atas tanda dan selari dengan garisan-garisan melaras dalam perumah kompas.