Gratisan Musik
Jumaat, 22 Oktober 2010
Sabtu, 9 Oktober 2010
kelas terakhir
kelas terakhir
test pn ada
masa mula2 dpt soalan sengap la jgk aku
xtaw nk jwb
tp lepas bertenang seketika
dapat la jwb sekadar yg mungkin
di sini sy ingin mengucapkan trilion terima kasih kepada
EN ABDUL MUIZ MISRI
kerana mengajar saya segala mcm benda
cuma 1 ja
terkilan xdpt g jalan2
tp semuanya best
selamat tinggal rekreasi
bola keranjang
4 october 2010
perlawanan bola keranjang antara budak2 rekreasi
aku n the member masuk lawan no 3
masa mula2 nk main tu terhegeh2 la juga
dah x reti main
tp ok la plak lepas ty
perlawanan pertama
KALAH
kedua
KALAh
ketiga
LARI
hahaha
masa tgh tunggu member aau hbs main
aku pn bg la sokongan kepda dia
nak jdi cerita
dia jatuh terpeleot
yg TABIK SPRING ya
caring gila budak2 tu
betapa ambil beratnya
g beli ais untuk member aku
terharu x?
kepada sesiapa yg berkenaan
TERIMA KASIH byk2
xlupa jgk kepada
EN ABDUL MUIZ MISRI
kerana menawarkan diri untuk menghantar kwn saya blik
xeixei
ok bubuy
pembentangan
pembentangan mengenai iktiar hidup
1 october 2010
dapat tugasan 24 september 2010
perbentangan seminggu selepas itu
masa nak cari tajuk punyalah GABRA
ya la aku sorang je
group ada 4 org
tapi
seorang ja yg g kels
sapa lagi klu bukan aku
masa kebingungan aku pn hentam ja lah bg tajuk
tp
kn reject
last skali en Abdul Muiz Misri bg ak tajuk
iaitu Makanan hutan
masa search tenet xda la plak nk kuar
cari pya cari bru dapat
buat la aku pasal mcm mn nk tahu pasal buahan racun atau tidak
settle pasal tajuk
kita masuk bab present pulk
masa present ada kumpulan yg ckp pasal isyarat dalam hutan bila sesat dan sebaliknya ,arah angin,bintang,tempat perlindungan dan banyak lagi.
membina perlindungan
adalah bertujuan untuk melindungi diri dari binatang buas serta hujan
4 batang kayu akan dipacak atas tanah
buluh akan dilapik
dan ambil daun mengkuang untuk bumbung
menyediakan api
dengan menggunakan mancis
jika mancis tiada
geselkan batu bagi mengeluarkan pecikan api
sususn aun sera kayu kering
jika kayu basah kopekkan bahagian kulit luar kayu
bahagian dalam kayu kering
unggun api dapatlah dihidupkan
memilih makanan
jika kita menjumpai makanan hutan untuk mengenalinya ialah dengan menghidu,merasa dan menggosok
apa bila semua ini tida ada effect maka makanan tersebut boleh dimakan
semua makanan masam seperti memelam bleh dimakan
setakat ini sajalah yang dapat disampaikan
nak dicerita sampai hbs xterdaya rasanya
cau cin cau
nikmatilah gambar yang ada
yang disampaikan oleh rakan2
Rabu, 29 September 2010
kompas
Hari jumaat lepas lepas belajar pasal kompas
cara nak guna,tengak arah dll.
lepas dh teror sikit kena la praktik
arahan mengatakan jgn tulis tempat dan berapa kaki
tp lain yg kami buat
exited pnya pasal
last skali kn tukar2 kertas atr group len
huh
mula2 silap tiang
pastu xdpt bacaan
tya lg kump terbabit
bru dpat tiang yg btul
betul la org tua2 cakap
malu bertanya sesat jalan
tp kitaorg xsesat sebb ada kompas
hehehe
apa2 pn kita enjoy
kat bawah ni ada cara tgk kompas
n
sewaktu dgnnya
untuk paparan umum pula
see the picture
bubuy
1. Apakah Kompas
Kompas adalah satu alat untuk menentukan arah. Ia merupakan alat yang penting untuk membantu di dalam sesuatu pengembaraan. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.
2 Kegunaan Kompas
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.
Lebih pentingkan kemahiran membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada peta.
3. Menjaga Kompas
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.
4. Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu
· Plat tapak yang lut sinar
· Perumah kompas yang boleh berputar
· Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)
Letakkan pinggir kompas selaras dengan arah perjalanan yang akan ditujui
Putarkan perumah kompas sehingga garisan melaras berselari dengan Utara Magnetik atas peta dan panah utara menunjuk ke utara atas peta.
Tanpa menukar tanda yang dilaraskan. Putarkan seluruh kompas mendatar sehingga hujung merah jarum magnetik menunjukkan ke Utara (N) atas tanda dan selari dengan garisan-garisan melaras dalam perumah kompas.
Sabtu, 25 September 2010
pemasangan khemah
cara memasang khemah
Cara cara Untuk Memasang Khemah jenis Dome!!
- Keluarkan khemah dan kain tapak (ground cloth), sebenarnya kebanyakan khemah tidak disertakan kain tapak dan anda hendaklah membelinya secara berasingan!! Kain tapak adalah bertujuan untuk pastikan khemah anda kering pada dasarnya!! Tetapi kain ini mahal jadi untuk mengantikan kain ini apa kata anda guna plastik sampah sahaja….
- Buka kain tapak, dan buka sepenuhnya khemah anda itu. Keluarkan tiang dan pacang pacang serta tali tali dan letakkan di tempat berbeza.
- Memasang tiang pada khemah merupakan di antara perkara yang terpenting dan paling menyeronokan dalam proses memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang bersambung dengan getah. Dan jika anda baling tiang ini dengan anda pegang pada hujung tiang itu, ia akan bersambung secara automatik…
- Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.
- Setalah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang bertentangan. Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk tiang lagi satu
- Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.
- Baiklah siap khemah dome. Sekarang berbalik kepada kain tapak. Kain tapak hendaklah di letak kan di bawah khemah. Kain tapak itu mestila tidak lebih besar dari khemah anda. Ini kerana jika hujan turun air akan bertakung di kain tapak dan air akan masuk ke khemah anda melalui tapak khemah. (tapak khemah kebanyakannyer adalah di buat dari kain guni dan tidak kalis air.) pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.
- Pada masa sekarang anda mungkin anggap anda sudah siap dan anda mungkin mempunyai barang di dalam beg anda untuk di masukkan di dalam khemah, ini benar jika kawasan yang anda pergi itu tidak mempunyai angin yang kuat. Tetapi jika kawasan yang anda lawati itu mempunyai angin yang kencang sila pastikan anda memasang pacang di sisi khemah anda.
- Taburkan belerang atau garam kasar di keliling khemah anda untuk mengelakan dari binatang berbisa masuk ke khemah anda.
- Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.
- Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk pastikan khemah itu berkeadaan baik.
upload gambar
mcm nilah cara memasang khemah
amacm?
ok x?
aktiviti yang menyeronokkan
dan menyah tension
bila kita dah pandai pasang khemah
senanglah kita nak g mana2
have fun semua
Khamis, 19 Ogos 2010
12 september 2010
perkenalan peralatan khemah n wall climbing
peralatan perkhemahan
-
Khemah yang sesuai -
Bag galas -
Dapur (gas atau minyak - bahan tambahan serta alat gantinya) -
Pelita ( jenis minyak atau gas bersama alatan ganti ) -
Messtin / pinggan, sudu dan garpu -
Botol air atau bekas minum -
Pisau dan pembuka tin ( kalau anda membawa makanan tin ) -
Lampu picit (bateri dan mentol tambahan) -
Mancis dan lilin ( atau lain bahan penyela api ) -
Kotak pertolongan cemas -
Kotak ikhtiar hidup -
Tali ( untuk ampaian dan lain - lain kegunaan ) -
Ponco / baju hujan -
Parang / kapak kecil -
Bekas air tambahan -
Selimut ( kalau anda menggunakan beg tidur ini tidak perlu )
Jumaat, 6 Ogos 2010
06 ogos 2010
hari ni tepat jam 5.00pm
aku terus bergegas ke tempat kayak kat sek 2
masa aku sampai sn xda org
pelik bin ajaib
masa tu bertembung aku dgn 2 org budak laki
diaorg pn bertanya ada ke x rekreasi
aku jawab xtahu
masa tgh dok layan perasaan
budak laki du org tgh posing sakan ambil gambar
yg sorng 2 pya la posing macam model
hebat kot
tunggu pya tunggu
akhirya
sampai jgk en muiz
kami pun menjalankan operasi
mendayung di atas tanah
sebelum
mendayung didalam air
setelah berlatih selama beberapa minit
kami pn memulakan mendayung didlm air
best kot
sebelum tu
kami dkehendaki melakukan water confident
nak masuk dlm air pn xlalu
tp masuk gak
akhirya
penat dh mendayung
kami pn boleh blik
dgn bju yg basah
ni aku dh upload gambar
selamat menonton
Jumaat, 30 Julai 2010
30 julai 2010
semalam ada perjumpaan rekreasi
bertempat di tasik sek 2 shah alam
kat sana we all main kayak
tp sebelum pergi sana ada la sedikit dugaan
hujan turun dgn lebatnya
masa hujan turun call la en Muiz
tya ada kelas ke x
en Muiz cakap ada
sambil menghitung hujan bila nak reda
alih2 ambil keputusan kul 6 pm bertolak
masa sampai dah banyak geng2 dh sampai
rasa semangat aku ni lemah ja
ya lah kwn2 lain dh sampai
bersemangat giler dia org
hujan pn datang awal gak
en Muiz ajar serba sedikit mengenai
pengendalian kayak,nak belok kanan,kiri dan berhenti
menggunakan pendayung
mcm mn nk dayung
masa mula2 tu sush jugalah
yalah pendayung asyik terkena pendayung member yg lain
alih2 en Muiz kata siapa yg berlaga pendayung kena ketuk ketampi
ada la 2,3 org yg kena denda
tibalah masa untuk memulakan kayak
TAPI
aku xdpat berkayak pada petang tersebut kerana kesuntukan masa dan xda baju keselamatan
tgk aja member lain berkayak
ada yg jtuh dlm air la
ada yg mula2 takut
tp
bila dh dpt kayak
laju je dia tinggal org lain
mmg hepi la tgk dia org
akhirya
sebelum kami semua blik
en Muiz wat aktiviti regangan
dan kata2 yg pling aku suka dr en Muiz
sapa2 yg xnaik kayak semalam
akan jd org pertama naik
kayak
i will come
ni aku nak upload gambar bg tontonan umum
di sini ada sikit aku nak tunjukkan
peralatan kayak n function ia
PERALATAN KAYAK
Dalam aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting kita gunakan dan yang paling penting ialah kayakpaddle (pendayung), jaket keselamatan dan yang terakhir wisel.
,
ANATOMI KAYAK
Bagaimana memilih kayak yang sesuai.
kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m - 3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m - 5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombakKayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak.
Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.
Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.
Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.
Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.
Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.
Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.
Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung.
Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan.
Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.
Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.
Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.
Khamis, 29 Julai 2010
1st story
aku nak intro diri aku
nama aku Nurul Izza
u all can call me izza
skrg aku tinggal kat shah alam
kg asal kat kedah
aku seorang yg low profile
yg menyebabkan aku terlibat dgn blog
sbb aku masuk rekreasi
en muiz yg suh tulis blog ni
aku pn dgn percubaan pertama tulis la blog
nnt en muiz tgk ja lah hslnya
nak kata mudah tulis blog ni
boleh tahan la
first time kan
penat jgk la nk pikir ayat
atas permintaan @arahan en muiz
aku nak tulis serba sedikit pasal pengalaman rekreasi
aku minat dgn rekreasi sbb dpat g jlan2
murni x niat aku?
aktiviti yg mencabar
aku ni suka panjat gunung2,bukit2 n mcm2 lg
tp xpenah berkesempatan
ada sj kekangan dan halangan
masa tahun 2006 aku terpilih sertai plkn
masa tulah ada perluang sikit nak wat aktiviti
tp sbb faktor masa byk jgklah ativiti xdapat wat
itu sjlah penglm rekreasi aku
xla byk mcm org len
sbb aku ni malas nk terlibat dgn aktviti outdoor
jgn lupa plak aku ni
minat ada cuma malas
ja
sekian dulu
untuk episode pertama
Langgan:
Catatan (Atom)