Mengenai Saya

kuala nerang, kedah, Malaysia
low profile

Jumaat, 30 Julai 2010

30 julai 2010

semalam ada perjumpaan rekreasi 
bertempat di tasik sek 2 shah alam
kat sana we all main kayak

tp sebelum pergi sana ada la sedikit dugaan
hujan turun dgn lebatnya
masa hujan turun call la en Muiz
tya ada kelas ke x
en Muiz cakap ada
sambil menghitung hujan bila nak reda
alih2 ambil keputusan kul 6 pm bertolak
masa sampai dah banyak geng2 dh sampai
rasa semangat aku ni lemah ja
ya lah kwn2 lain dh sampai
bersemangat giler dia org
hujan pn datang awal gak

en Muiz ajar serba sedikit mengenai 
pengendalian kayak,nak belok kanan,kiri dan berhenti
menggunakan pendayung
mcm mn nk dayung
masa mula2 tu sush jugalah
yalah pendayung asyik terkena pendayung member yg lain
alih2 en Muiz kata siapa yg berlaga pendayung kena ketuk ketampi
ada la 2,3 org yg kena denda

tibalah masa untuk memulakan kayak
TAPI
aku xdpat berkayak pada petang tersebut kerana kesuntukan masa dan xda baju keselamatan
tgk aja member lain berkayak
ada yg jtuh dlm air la
ada yg mula2 takut 
tp 
bila dh dpt kayak 
laju je dia tinggal org lain
mmg hepi la tgk dia org

akhirya 
sebelum kami semua blik
en Muiz wat aktiviti regangan
dan kata2 yg pling aku suka dr en Muiz 
sapa2 yg xnaik kayak semalam
akan jd org pertama naik

kayak 
i will come

ni aku nak upload gambar bg tontonan umum


di sini ada sikit aku nak tunjukkan
peralatan kayak n function ia


PERALATAN KAYAK


Dalam aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting kita gunakan dan yang paling penting ialah kayakpaddle (pendayung), jaket keselamatan dan yang terakhir wisel.
,
ANATOMI KAYAK





Bagaimana memilih kayak yang sesuai.
kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m - 3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m - 5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak
 
Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak.

Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. 

Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. 

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan